


HMNG Cares, HMNG Shares.
9 Oct 2026
HMNG Prihatin: Program Jalinan Komuniti & Penglibatan Masyarakat di SK Telok Melano, Lundu, Sarawak
HMN Group of Companies melalui HMNG Prihatin terus komited dalam menyokong kesejahteraan komuniti melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Sebagai tanda sokongan kepada Kelab Sukan dan Permainan Kampung Panglima Seman Ulu (KPSU), HMNG telah menyumbangkan peralatan sukan dan permainan, termasuk set meja carrom dan peralatan dart, bagi menggalakkan aktiviti riadah, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk setempat.

6 Oct 2026
HMNG Active: Clock Out, Kick Off
After a day at work, the HMNG crew hit the futsal court for a friendly match with the locals. Filled with great plays, laughter, and team spirit, the session was all about staying active, strengthening bonds, and creating memories beyond the office.
At HMNG, teamwork doesn’t stop when we clock out — it just moves to a different court!

20 Sept 2026
HMNG Prihatin: Sumbangan Peralatan Sukan kepada Komuniti Kampung Panglima Seman Ulu
Pada 9 Oktober 2026, HMN Group of Companies telah menganjurkan program CSR di SK Telok Melano, Lundu, Sarawak, bagi memperkukuh hubungan komuniti dan menyokong pembangunan pendidikan.
Melalui program ini, HMNG telah menyumbangkan 10 buah kerusi dan 3 buah meja serta mengadakan aktiviti interaktif bersama murid-murid sebagai usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan positif.

8 Sept 2026
HMNG Prihatin: Penyerahan Sumbangan sempena Majlis Khatam Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Ong Tiang Swee
HMN Group of Companies melalui HMNG Prihatin telah menyampaikan sumbangan bagi menyokong pelaksanaan Majlis Khatam Al-Quran di SK Ong Tiang Swee.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen HMNG dalam menyokong program pendidikan dan keagamaan, khususnya dalam memupuk penghayatan Al-Quran, pembentukan sahsiah serta nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

29 Aug 2026
HMNG Prihatin: Penyerahan Sumbangan sempena Petronas Youth Football Closed Tournament (PSK 16)
HMN Group of Companies, through HMNG Prihatin, proudly supports AL Matteen Football Academy in conjunction with the Petronas Youth Football Closed Tournament (PSK 16).
For the third consecutive year, HMNG is pleased to support the academy’s journey in nurturing young talents, promoting teamwork, discipline, and confidence while creating meaningful opportunities for future football stars.

20 Aug 2026
HMNG Prihatin: Jalinan Sinar Kasih di Rumah Seri Kenangan
HMNG Prihatin: Jalinan Sinar Kasih di Rumah Seri Kenangan
Pada 20 Ogos 2026, HMN Group of Companies melalui HMNG Prihatin telah menyantuni warga emas di Rumah Seri Kenangan, Kuching, menerusi program anjuran Human Resources & Administration.
Program ini melibatkan aktiviti bersama penghuni serta penyampaian sumbangan barangan keperluan harian sebagai tanda keprihatinan dan komitmen HMNG terhadap kesejahteraan komuniti warga emas.

4 Aug 2026
HMNG Prihatin: Cinta Al-Fatihah di Sekolah Kebangsaan Rampangi
HMN Group of Companies melalui HMNG Prihatin telah melaksanakan Program Cinta Al-Fatihah di SK Rampangi, Kuching.
Program ini bertujuan memupuk kecintaan terhadap Al-Quran, memperkukuh bacaan Al-Fatihah serta membentuk sahsiah dan nilai-nilai Islam dalam kalangan murid sejak usia muda.

1 Aug 2026
HMNG Prihatin: Program Sentuhan Kasih Officequip Supplies (Fasa 2)
Program Sentuhan Kasih: Fasa Kedua
Menerusi Program Sentuhan Kasih 2026, HMNG Prihatin bersama Officequip Supplies Sdn Bhd telah menghantar pek bantuan makanan terus ke kediaman pelajar yang memerlukan.
Inisiatif ini bertujuan meringankan beban serta membantu meningkatkan kesejahteraan mereka.

14 Jul 2026
HMNG Prihatin: Program Sentuhan Kasih Officequip Supplies (Fasa 1)
Program Sentuhan Kasih: Fasa Pertama
Menerusi Program Sentuhan Kasih 2026, HMNG Prihatin bersama Officequip Supplies Sdn Bhd telah menyalurkan sumbangan kepada SMK Tun Abang Haji Openg.
Sumbangan tersebut merangkumi rak penyimpanan buku, bakul makanan dan peralatan elektrik. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kemudahan sekolah serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.
